Welcome to My Blog

Welcome to Ard.Fatima's Website

Monday, October 26, 2009

Terpaku aku dalam sunyiku
gelapku yang tiada cepat berakhir
sepiku yang selalu mendekat
Dan kesendirianku yang berkepanjangan

Tiada ibu…tiada kawan
ataupun orang lain yang mencintaiku….
Setidaknya….aku merasakannya
Akulah hati yang sendiri

Alloh…aku butuh Engkau
Sang penolong sejati
Tunjukkan aku jalanMu
Hingga diri ini melihat terangnya
Alloh….kembalikan aku sebagimana aku semula
Yang selalu menunduk
Yang begitu pemalu
Dan menegakkan sholatnya

Kini….
telah datang padaku
cahayaMu yang agung
Yang padaMu
ku lukis malamMu dengan sholatku
Kuwarnai malamMu dengan doaku
dan dengan itu pula…
Kau hadiahi aku hati yang sejuk
lagi tenang

Alloh…sujud ku kerana Engkau
Rukukku kerana Engkau
Dan setiap rokaat sholatku kerana Engkau
maka perkenankanlah aku mendapat hidayahMu
yang kerananya aku mampu berjalan lurus

Alloh…
Bangunkan aku selalu
Dalam malammu yang agung
Hingga tiada malam yang berakhir sia-sia

Alloh..rahmatilah aku dan hidupku
ibuku ibuku ibuku dan bapakku
tetapkanlah atas kami hidup yang mulia dunia dan akhirat
penghuni surga Firdaus-Mu
Bersama kekasih-Mu
Manusia paling mulia
Muhammad S.A.W

No comments: