PEDOMAN ADAB-ADAB DAN CARA MAKAN YANG BAIK UNTUK KESEHATAN MENURUT PANDANGAN AHLI-AHLI KESEHATAN ISLAM
Makan hanya bila terasa lapar
Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun .
Sebelum makan hendaklah membaca ”Bismillah...”
Makan dengan tangan sebagai ganti sendok dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghancuran disebabkan terdapat aliran yang dipanggil 'bio-current' yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghancurkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rusak atau basi.
Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu senang dan tenang
Disarankan dinding ruang makan hendaklah berwarna merah jambu kerana ini bisa mendatangkan rasa senang (hati) dan membantu pencernaan
Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
Tenang / diam sebentar selepas makan dan jangan tergesa-gesa/terburu-buru melakukan aktifitas lain
Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makannan segar. Sebisa mungkin dirumah disarankan menyediakan makanan yang segar, sedap, berbau lezat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.
Juru masak hendaklah bermanis muka ketika menghidang makannan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.
Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan
Berpegang pada prinsip ”makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan”
No comments:
Post a Comment